Showing posts with label gambarajah. Show all posts
Showing posts with label gambarajah. Show all posts
Tuesday, September 20, 2011
Monday, September 5, 2011
eid fitri 2011
hai dan assalammualaikum.
aku tahu aku dah lambat nak wish for aidilfitri kali ini
tapi rasanya boleh lagi kot,sedang masih syawal.
maaf zahir batin yerp.
jujur aku mengaku.
tahun ni aku tak hantar sms pun kat kawan-kawan.
sedang aku menerima agak banyak ucapan dari mereka.
dalam hati sebenarnya nak hantar dan reply,
tapi sebab sibuk dengan persiapan, masak-masak dan malas nak pergi topup.
so macam terus tak hantar.
tapi, harap-harap yang aku wish kat fb dan twitter tu sampailah ye mesejnya pada kawan-kawan semua.
ramadhan kali ini lebih bermakna bagi aku.
usaha menggandakan ibadah dan memohon tuhan mengampun dosa yang tak terbilang ni agak berganda dari tahun-tahun lalu.
mungkin sebab rasa macam dah tua sikit kot. rasa macam dah nak dekat sangat dengan mati.
so, rasa macam nak jadi matang sikit dan jadi manusia yang berguna dan taat pada tuhan 100%.
bukan sebelum ni tak taat langsung.
cuma nak perbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelum ini.
masa pun dah tak banyak lagi. sampai bila nak jadi budak-budak kan?
eventhough rasa macam dah nak dewasa,
tapi duit raya still masuk, walaupun tak macam air.tapi still ada..
rezeki seorang pelajarlah kata kan.ececeh.
btw, untuk kawan-kawan yang mana dah menikah dan dah bertunang tu.
apa-apa pun tahniah juta-juta dari aku.
seronok tengok orang membina masjid ini, sebab bukan senang nak membina masjid.
dah berjaya tu, kenalah jaga keharmonian perhubungan tu sampai tua.
all the best for you all.
semoga cepat dapat anak :)
raya tahun ni tak ada lah sakan sangat.
bersederhana.tapi cuba memeriahkan suasana dengan apa yang ada.
hubungan dengan step siblings & siblings sendiri pun cuba di eratkan.
walaupun masing-masing punya ego tinggi dalam hati.
meriahnya raya tahun ini sebab dapat cuti panjang,
plus boleh konvoi raya-raya rumah saudara.
priority pada saudara-saudara yang dah tua dan kurang sihat.
tapi tersilap bagitahu perkembangan dah kerja.
patut cakap masih belajar jugak.tak dosa,sebab memang betul pun kann.
hehe.tak baik kan masih nak tengok income market umur 23 macamana.
tapi lagi bertambah umur, lagi banyak komitmen.
lagi kerja, lagi banyak duit keluar.
hurmm.nak ikat perut lah lepas nih.
terasa raya nih macam lebih susut dari raya tahun lepas..
maafzahirbatin lagi sekali ye?
hannah
sepupu hannah
amira hanan
sibling
samer wahnan
son goku
lovelybones
adik tiri 2 orang beraya dengan mama depa kat kelantan.
habis dah.
Friday, August 19, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
cerita kurang lampau
Thursday, May 26, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Tuesday, April 26, 2011
budak

aunties mc phee the babysitter

this gambarajah
ialah first time aku bawa dia keluar pergi main kat taman metropolitan.
masih baru dengan dunia luar, malu-malu lagi nak bermain dengan budak lain.
jalan pun jatuh-jatuh lagi.
tapi, tu je lah yang terakhir.
sekarang ni kalau bawa keluar ke dunia luar,
semua budak takut nak dekat.
sebab brutal sangat,
macam aunty-aunty dia.
kehkehkeh.


sumpah rindu.
dah.tu je nak cakap.
the five finger actually he try to make a 'piece' style.
tapi tak jadi.
jadi macam rawrr si harimau plak.
dan ameera pulak,
dah sangat ligat bergerak.
muka pun dah sangat kebal kena belasah dengan abang dia.
tunggu je lah budak kecik ni bercakap nanti,
aku rasa mungkin dia akan jadi perempuan yang tabah.
macam aku.ehem.
i miss the moment when this boy calling me lolong stand for mak long or aunty.
mangah for mak ngah
dederr for mak uda
dedark for mak ndak
lalang for pak lang
makcucu for mak su
oqeh.tu je pelajaran setakat hari ini.
Monday, March 28, 2011
Friday, March 18, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Friday, January 14, 2011
my baby you

abang, marilah pandang kamera.
malas lah layan kau.tengok dokumentari lagi best.

marilah bang.
jangan kacaulah.tengah best nih.

haa.kan dah kena geget.
nak geget beriya, tapi gigi pun tak ada.
ok.drama swasta habis di situ.
sukahati aku je cipta dialog kann.
haha.
yang penting diorang nih memang menghiburkan.
walaupun nakal-nakal kucing.tapi biasalah.
macam aku kecil-kecil baik sangat kan?
macamana lah tergamak kat tv tu buat child abuse kat budak-budak kan.
haishh.

lambatnya nak makan kek nih.cucukcucukcucuk.

aumm

perut siapa paling besar?
samer sakit mata.
and they're tengah tunggu turn untuk dimandikan.
ok.habis cuci mata di sini.
bye!
Tuesday, January 11, 2011
11.1.11
this is me.and im ochs widdle aka princess warrior.
but sometimes some people called me snow white.
just to make me smile.
and i love to smile.

love and to be loved with persons that i love.
what's on earth i can said about lovely life.
i got very lovely family,bungahati and friends and cousins who are indeed understand me for the real me.
and i do like todays date.
sweet
11.1.11
kalau get married lagi sweet.
ok habishabishabis disini.
tiba-tiba kan.
but then,
sengsara mana pun hidup.
memang ianya pengalaman hidup yang aku tidak sesal kan.
yang menjadi kan aku seperti sekarang.
walaupun masih tidak seberjaya mana sebab masih tak habis belajar
tapi sesungguhnya aku boleh tersenyum melihat segala usaha yang aku lakukan.
cumanya aku tak boleh berhenti, mengalah,putus asa dalam menunaikan wishlist and list-list things to be done in 2011.
HPPY BRTHDY
ochs widdle
23 but always and forever 21
Tuesday, November 30, 2010
Tuesday, September 14, 2010
aidilfitriahh
hari raya 2010.rancaknya aku bila sebelum bermula je.
persiapan.aku yang paling beriya.
walaupun bukan kategori warna kegemaran,persetujuan warna baju raya tahun ini aku anggukkan juga kepala tanda 1 keluarga,acah-acah 1 malaysia konon.
sedang bersiap
dah siap
separa siap
tak siap apa lagi.
ada orang komen-komen pada aku.apadahal nak baju sama-sama kaler di hari raya,macam boria penang, kumpulan marhaban dan sebagainya.aku diam.dalam family aku.aku seorang anak perempuan dalam adik beradik.dan dah tentu aku tak sepenuhnya garang,berdasarkan air muka.dan potensi berbalah dan percetusan perbalahan kerapkali terjadi dalam kehidupan sehari-hari.sampai satu ketika,dalam 2008 kalau tak salah.ada seorang brader ni tegur aku tentang perpaduan di kalangan adik beradik dan kekeluargaan.walaupun aku tak ambil subjek kekeluargaan islam dalam kokurikulum,tapi brader ni macam berjaya sikit lah menyedarkan aku supaya tidak jadi ikanbateri(selfish) dan supaya aku lebih berfungsi dalam keluarga,walaupun keluarga aku ni macam-macam,dan bermacam badai yang menimpa.
gambar di atas hanya acah-acah pendekar je.semoga raya ini, family aku bertambah harmoni dan wonderful hendaknya. untuk adik-adik aku yang baru nak menjengah remaja dan dewasa, jauh mana pun kamu berlari.jangan dilupa siapa yang mengeluarkan kamu-kamu semua ke bumi.okayy..
kredit : tukang tangkap gambar,rakan yang sangat baik hati bagi kuih raya,najib yang baik hati bagi duit raya,makcikpakcik yang bagi duit raya dan kepada cik bungahati yang tak putus-putus menyokong saya dari jatuh,yang selalu bagi saya senyum yang sampai pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























