bila aku buat jahat
selalu ditimpa malang
terasa panas meluap
jiwa tak tenang
itu maksudnya apa
mari kunci segala pintu
sumbat segala lubang
tutupkan segala jendela
biar kelam dan gelap
kau rasa syaitan itu dapat masuk?
dan bila aku membuat baik
tuah itu bersinar-sinar
ada saja yang mahu belanja makan percuma
aku rasa itu balasan
bertubi malang
sakit di jiwa
lawan
hati bahagia
tuah mencurah
pertarungan hebat ni..
mari saksikan.
No comments:
Post a Comment