Friday, May 26, 2017

Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan

Assalammualaikum.

I can't believe this is my first entry in 2017.
Kesian sungguh blog aku ni di anak tiri kan.
Padahal, satu ketika dulu.
Dia la peneman  suka duka hiba lara
Telinga yang tak jemu-jemu dengar segala cerita.

Esok dah 1 Ramadhan.
Dalam kepala dah kena fikir macam-macam.
Menu-menu sahur dan berbuka.
Stok makanan siang hari untuk budak kecik pengarang jantung sorang tu.
Persiapan menghadapi ramadhan,
Amalan-amalan things to-do bulan ramadhan yang berangan nak di buat.
Persiapan raya keluarga.
Eh, banyaklah lagi.

Semoga disempatkan, dan dipermudahkan segala amalan dan usaha kita kelak.
Supaya diterima Tuhan.

This is kind of rambling thought of mine.
Berkenaan segala benda yang berlaku dalam bulan Mei ni.
Especially, uzair anaqi turn 3.
Gambar di media sosial.

Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik, dan sedikit rezeki dapat juga lah buat majlis sambutan hari jadi kecil-kecilan.
Seronok tengok anak bujang tu dapat potong kek dengan kawan-kawan.
Tahun lepas terlantar di hospital kena rotavirus.
Tahun ni..mama cuba buat something, sebagai tanda kesyukuran dan saja nak buat anak mama happy.

Semoga umur yang baru ni, uzair di beri kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta gembira selalu lah hendaknya.
Mama babah really love you.
Makin dah besar, makin rindu dekat awak yang kat taska tu.
Rindu nak dengar celoteh, cerita, main sama-sama, tanya macam-macam.
Nanti awak dah besar macamana lah ye.
Mama can't imagine.
Jadi anak dan manusia yang baik ye sayang.

Semalam is my 4th annivesary.
Malas nak wish kat facebook, since tengok banyak pula kawan-kawan yang berantakan.
Makanya, kita wat private session je lah.
Celebrate pun kecil-kecil je.
Walau macam-macam dah lalu dan rasa.
Hopefully our marriage will last till forevah.
Sampai lama-lama.
Walau susah macamana.
Sebab tahu, ada macam-macam lagi yang tengah tunggu kat depan sana.
Terima kasih kerana selalu bersabar dengan saya.
Semoga awak selalu sihat dan gembira soulmate/pillowmate.

Dan kepada semua.
Selamat Berpuasa pada esok hari.
Semoga ibadah kita semua diterima Tuhan.

No comments: