Saturday, January 11, 2014

11 january

salam.
dah lama tak update blog.
since semakin sibuk dengan kehidupan realiti dan sosial media yang lain.

11 januari.
menginjak umur kesatu lagi angka.26
almost melepasi paras-paras remaja.
alhamdulillah di atas segala rezeki dan kurniaan Tuhan di tahun 2013.

mendirikan rumah tangga, diberi rezeki kehamilan di awal perkahwinan,
almost habis belajar dan pelbagai jenis rezeki lagi yang tak tertulis.
semuanya penuh makna.

hasil daripada sabar dan tabah
sememangnya ada kemanisan yang tak pernah di bayangkan.

syukur.

tidak meletakkan azam yang tinggi.
cumanya.aku mahukan kehidupan yang lebih baik.
menjadi isteri, pelajar,anak, pekerja dan rakan yang lebih-lebih baik daripada tahun-tahun silam.

semoga aku berjaya melalui dugaan dan fasa-fasa kehamilan yang seterusnya.
semoga segalanya dipermudah Tuhan.

masih tidak dapat membayangkan diri menjadi seorang ibu.
berangan tak sama dengan realiti.
dan yang pasti.itu hakikatnya.

semoga 2014 menjadi semakin manis dengan segala cerita.

happy birthday nurkhairunisa:)






No comments: