Saturday, July 14, 2012

life

banyak benda yang dah berubah dan aku cuba ubah.
dari umur belasan sehingga dua puluhan.
dari tak fikir panjang sehingga dah banyak sangat fikir,
sehingga  menangis sendiri kenang kisah lalu
kadang-kadang tersenyum sendiri persis orang gila
pedulilah.
hidup aku.
apa yang kalian tahu.

sepatutnya prestasi hidup itu perlu sentiasa ada penambahbaikan.
kalau ada graf
petunjuknya harus sentiasa mencanak ke atas
tapi, apa mampu aku

perancangan,
yang terpaling biasa hanya di atas kertas, di dalam planner
tapi penentunya?
menjadi apa
sepatutnya bagaimana
coraknya gaya apa
jalan hidupnya cantik macamana

semua itu bukan atas bahu aku sepenuhnya

kenapa miskin
kenapa gemuk
kenapa rumah kau kecil
kenapa tidak 4flat
kenapa banyak hutang
kenapa sangat kelamkabut
kenapa comot
kenapa baju tak cantik

tak terjawab aku.

sekadar usaha
dengan segala apa yang telah aku lakukan 
tolaktambahdarabbahagi
dengan doa,amalan,usaha dan tawakal aku

selebihnya
hanya tuhan yang tahu sebaiknya perancangan Dia untuk aku


0 sisolle:

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly