Monday, May 7, 2012

:)

assalammualaikum dan hai.

dah lama tak menulis
sibuk.
sibuk dengan kehidupan dunia
dan sikit-sikit persiapan untuk hari mati.
sepatutnya kena buat banyak persiapan.
tapi itu lah.
lemah iman.
ada siapa-siapa punya tips untuk kuatkan iman?

tapi still berusaha.
memperbaiki diri
belajar
dan terus belajar
untuk menjadi lebih baik
meletakkan keutamaan kepada yang sepatutnya.

entahlah.
kata orang hidayah itu perlu dicari.
susahlah nak tunggu bergolek di kaki.
semoga segala usaha yang dibuat beroleh hasil

kenapalah hati itu sungguh keras dan hitam
berkali-kali dicuci pun, bersihnya seketika
buat dosa, bertompok hitamnya kembali.
susahnya nak jadi baik
tapi senang sangat nak jadi jahat

tapi, sampai bila nak terus mengalah dengan syaitan.kan?

“Hidup ini satu perjuangan. Life is a struggle …Mari berjuang untuk memperbaiki diri. Berjuang untuk mencari ilmu dan menghiaskan diri dengan akhlak dan adab. Supaya InsyaAllah kita beroleh Taqwa dan mendapat ketenangan hakiki di dalam jiwa. Tidak cukup dengan hanya menjadi seorang Muslim. Kita seharusnya berjuang sedaya upaya, untuk menjadi seorang Mu'min!” - Wardina Safiyyah -



self-reminder
oleh kerana segala yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dan pada bila-bila masa saja segala yang kita ada (Mak/Ayah/Kawan-kawan) akan kembali kepada-Nya, dan pada bila-bila masa saja Dia nak tarik segala nikmat yang diberikan.


so, tak perlu nak bongkak dan bangga dengan segala harta dan kejayaan dunia yang kita ada 
dan nyatanya adalah sementara


jaga lidah
jaga mata
jaga fikiran
jaga pendengaran
jaga hati
jaga langkah
jaga diri


kita tak akan terus kekal di sini.
lagi-lagi di dunia yang bergoncang ini.




No comments: