Monday, September 5, 2011

eid fitri 2011

hai dan assalammualaikum.
aku tahu aku dah lambat nak wish for aidilfitri kali ini
tapi rasanya boleh lagi kot,sedang masih syawal.

maaf zahir batin yerp.
jujur aku mengaku.
tahun ni aku tak hantar sms pun kat kawan-kawan.
sedang aku menerima agak banyak ucapan dari mereka.
dalam hati sebenarnya nak hantar dan reply,
tapi sebab sibuk dengan persiapan, masak-masak dan malas nak pergi topup.
so macam terus tak hantar.
tapi, harap-harap yang aku wish kat fb dan twitter tu sampailah ye mesejnya pada kawan-kawan semua.

ramadhan kali ini lebih bermakna bagi aku.
usaha menggandakan ibadah dan memohon tuhan mengampun dosa yang tak terbilang ni agak berganda dari tahun-tahun lalu.
mungkin sebab rasa macam dah tua sikit kot. rasa macam dah nak dekat sangat dengan mati.
so, rasa macam nak jadi matang sikit dan jadi manusia yang berguna dan taat pada tuhan 100%.
bukan sebelum ni tak taat langsung.
cuma nak perbaiki diri menjadi lebih baik dari sebelum ini.
masa pun dah tak banyak lagi. sampai bila nak jadi budak-budak kan?

eventhough rasa macam dah nak dewasa,
tapi duit raya still masuk, walaupun tak macam air.tapi still ada..
rezeki seorang pelajarlah kata kan.ececeh.

btw, untuk kawan-kawan yang mana dah menikah dan dah bertunang tu.
apa-apa pun tahniah juta-juta dari aku.
seronok tengok orang membina masjid ini, sebab bukan senang nak membina masjid.
dah berjaya tu, kenalah jaga keharmonian perhubungan tu sampai tua.
all the best for you all.
semoga cepat dapat anak :)

raya tahun ni tak ada lah sakan sangat.
bersederhana.tapi cuba memeriahkan suasana dengan apa yang ada.
hubungan dengan step siblings & siblings sendiri pun cuba di eratkan.
walaupun masing-masing punya ego tinggi dalam hati.
meriahnya raya tahun ini sebab dapat cuti panjang,
plus boleh konvoi raya-raya rumah saudara.
priority pada saudara-saudara yang dah tua dan kurang sihat.
tapi tersilap bagitahu perkembangan dah kerja.
patut cakap masih belajar jugak.tak dosa,sebab memang betul pun kann.
hehe.tak baik kan masih nak tengok income market umur 23 macamana.
tapi lagi bertambah umur, lagi banyak komitmen.
lagi kerja, lagi banyak duit keluar.
hurmm.nak ikat perut lah lepas nih.
terasa raya nih macam lebih susut dari raya tahun lepas..

maafzahirbatin lagi sekali ye?

hannah
sepupu hannah
aunty samer wahnan
amira hanan
sibling
samer wahnan
pembunuh diri
son goku
son wukong
gadis
mee udang pantai bagan nakhoda omar.terbaik!
korea
lovelybones
merdeka raya
keluarga sebenar, tapi masih tak cukup lagi 3 orang, abang tiri dah jumpa tuhan dulu,
adik tiri 2 orang beraya dengan mama depa kat kelantan.

habis dah.

2 sisolle:

BibiErr Karim said...

Salam Lebaran cik punya blog.

Smart giler gambar kat tgh2 jln raya. Ateh ghaye, keta pun xramai. So kenala brani mati.

Maaf zahir batin!

ochs widdle said...

hehe:)

salam lebaran jugak.
jalan ni memang tak banyak orang lalu pun.
kat jambatan sg.perak tempat budak-budak melepak.

maaf zahir batin jugak yer!

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly