Thursday, August 11, 2011

kisah hati II

kerana yang menyakiti aku itu,
ialah orang yang hatinya tidak boleh disakiti,
lalu dihukum aku dengan sekerasnya-kerasnya
tanpa peduli tentang kondisi hati yang disakiti
serasa puas menerkah
mahu dikembalikan rasa yang sama
hati kanan berbisik
'orang ini, hatinya tidak boleh disakiti'
waima sedikit pun.

maka bertahan lah.

No comments: