Tuesday, November 16, 2010

himpun

memang sengaja aku tukar nama
dari princess warrior ke mayang sari.
rasa macam rupawan yang lembut gemalai
cuma rasa.

kadang-kadang perlu juga cuba kasut orang lain
rasa sakit duri dalam kasut yang dia rasa
biar aku rasa sekali
biar sama-sama rasa

tengoklah.
mahu pegun atau bergerak nama itu di situ
tengoklah cuaca hati aku bagaimana nanti.

bukan semua orang mahu peduli
jadi kenapa aku perlu sibuk kisahkan.
biarlah aku himpun sakit duka sedih gembira bahagia aku di sini
peribadi yang tiada privasi

kerana aku hanya perlu ruang kecil untuk tinja segala rasa yang aku ada,
tapi mungkin tidak semua


No comments: