Thursday, November 25, 2010

creep

pejam mata dengan penuh rasa sakit
dan berharap
esok pagi matahari cerah akan bagi senyum pada aku

tak pernah rasa sakit
seperti yang kau rasa
tak terbanding rasa yang kau pikul
kalau beban itu boleh dikongsi
sanggup aku pikul sedikit untuk ringankan kau membawa

berpura sejahtera dengan gelak ketawa yang kau bina
sedang dalam diri diseksa dengan kejam
sembunyi dari dunia yang terus menggila

imiginasi aku tak terbayang
yang segala fantasi aku akan menjadi realiti
dan aku harap bukan semua
kerana fantasi aku bukan semuanya indah berpelangi
pemikiran negatif yang si jahat tiupkan pada kita itu
kau sepak tepi
kerana kau perlu kuat untuk terus bagi senyum pada dunia

No comments: