Tuesday, May 5, 2009

melankoli nafas berduri

sedang dalam lemah
mual di racun-racun
memaksa diri berdiri pada paksi
untuk hadapkan sesuatu yang belum pasti.

heh jiwa
jangan menyerah lagi
lemah kali ini
mungkin bukan sebarangkali

ratap tangis
hiba untuk semalam
rupanya bukan tiba-tiba
tidak di rancang
tidak di ciptareka
seperti hujan yang turun hari ini
tanpa di duga
tanpa di sangka-sangka

aku benci setiap kejutan
kerana bukan setiap kejutan itu membawa senyum
lebih lagi kejutan dari manusia yang tidak di sangka-sangka
angin monsun barat daya melintang ke timur
tragedi.

tapi aku menyerah dalam soal ini
kau manusia
aku juga manusia
kita sama-sama lemah dan ada kekurangan
yang saling melengkapi kita;
melodi jiwa yang rasi lagi sebati
di acu rapi
biar tak kemas
kerana ia berbunyi seksi

sedih semalam simpan di gerobok
buat perhiasan di hari depan
ambil pengajaran dari setiap tangis
kerana ia bukan murung kosong semata angin

No comments: