Saturday, May 2, 2009

dua ratus %

aku sudah penat berpinar.
bercumbu dengan nota dan kertas dan buku-buku memang melemaskan.
esok hari penentu.
hari penentu masa hadapan,
yang selama ini gagah aku sibuk-sibukkan.

walau sebenarnya hati sudah jauh mengembara,
cepat-cepat aku tarik dan sedarkan diri.
heh.aku masih di sini.
masih belum selesai.
perlu tumpu sekuat hati.

tahun-tahun terakhir.
degup sudah tidak sekuat dahulu.
tapi,tetap tak mahu berhenti.
walau rasa seperti nyawa di hujung tanduk.

untuk entri yang ke-duaratus.
marilah ramai-ramai mendoakan aku dapat menjawab-jawab dengan jayanya pada esok hari.

paper pertama ni weyhh.
debar dia lain sikit.
dan entri ini aku tulis dalam masa lima minit.

heh.jangan nak senyum sendirian.

No comments: