Monday, April 27, 2009

on the trail

kadang-kadang aku tertanya-tanya apa dosa aku.
kenapa di 'page load error' kan semua.

oh.rupanya aku tak habis buat revision lagi.
ok.go study sekarang ochs widdle.

tak pasal-pasal kena bantai dengan bungahati dengan penuh kasihsayang nanti.
notis: kasih sayang di situ.
jangan buta.

walaupun semalam ialah hari gembira/bahagia.
tapi tidak untuk hari ini.
Dia itu sungguh adil dan dan saksama.
hari ini,hari sedih.
tapi aku tak mahu terus bermuram durja meratap sedih.
tapi sebenarnya.
aku bukan saja sedih.
malah penat juga letih.
bagaimana harus bangkit dan bangun,
jika diri sudah longlai separuh badan.

buku-buku pelajaran memang tebal.
tangan sudah sakit mengusung ia ke sana-sini.

tadi.aku kena sindir dengan pakcik kedai buku masa tengah sibuk-sibuk cari lauk kegemaran di kafe dengan wajah penuh kelaparan.
aku tak tahu nak kategorikan sebagai sindir atau nasihat atau ucapan atau pujian.

pakcik kedai buku:(tiba-tiba)kasi dapat DL taw ini sem.
aku:(pekak) how do u know?(terpinga-pinga pelik)
pakcik kedai buku :ialah.kalau tak sia-sia la yu belajar and yu get nothing.tak main lah setakat 3 pointer and bla.bla.bla.bla.bla.bla.
aku:oh.insyaallah..(aku salah dengar ke tadi)
pakcik kedai buku:mesti boleh punya..i know yu can do it..(sambil ambil makanan juga)
aku:okayy..(senyum sedih mengenangkan assignment and quizzez tests yang macam haram)

berlalu pergi ke meja makan.
dan tiba-tiba menyesal ambil nasi dan lauk yang sedap-sedap,sebab meja depan aku ada budak perempuan yang ramping hanya makan kuih-kuih saja.oh.sungguh diet walaupun matahari sudah terpacak atas kepala.
tunggulah ramadhan depan untuk aku kembali diet.
lagipun aku bukan gemuk sangat pun.
(alasan lagi)
lagi pun kalau mengulangkaji memang memerlukan tenaga yang banyak.
lagi pun kalau turun naik tangga library itupun dah kira senaman kan?
lagi pun.lagi pun..

bijak ni mencipta alasan.
haha.



(cerita sedih berjaya di tenggelamkan)

8 comments:

M said...

love ur body and mostly tahu dat there's someone who always love u and menerima kmu seadanya.ini bukannya alasan k;)

Edna Sinn said...

study elok2 ok...
nak diet biar reasonable ok...
hehehe

ochs widdle said...

mira : ye.yang konon2 menerima tu la yang byk mulut suruh diet.konon untuk kesihatan..ye.saya dengar kata ni.

ochs widdle said...

qasiyh:yeah.memang diet dengan penuh reason pun.sebab bila semua org mcm asyik pressure suruh diet,aku dah tertekan dan tibe2 rasa mcm nak buat crash diet dan beli segala supplement yang boleh kurangkan kolestrol.haha.

btw.thanks ya..

Ezan Nur Ayub said...

sabar..
kita mungkin punya masalah yg sama.

ochs widdle said...

yeah.
harus sentiasa sabar dan konsisten untuk mencapai matlamat.
dan ia perlukan pengorbanan yang bukan sedikit.
dan ia sakit.
huhu

Edna Sinn said...

jap,kenapa semua org suruh diet???

ochs widdle said...

Qasiyh:

sebab bila baju-baju size s sudah mcm tak muat di badan dan perlu baju baru.

sebab asyik kuat makan.huhu.
dan
sebab ntah.kenapa tah masyarakat lebih susah hati dari empunya badan.
aku pun tak phm.
maybe takut jadi getting worse kot jika tidak dibendung.