Thursday, April 30, 2009

bukan kisah seorang perempuan simpanan

perempuan simpanan.

mana mungkin bisa pipit terbang bersama enggang
oh diri.tolong-lah sedar.
setara mana alasan untuk kehidupan yang tidak di senangi sama diri sendiri.

pulihkan diri dengan cara mudah hanya akan memudaratkan masa depan.
usaha sendiri lebih memuaskan;
walau terkadang ganjarannya tidak seberapa.

benar.
ia pantas,cepat dan tuntas.
tapi sampai bila.

setiap nikmat itu ada bayarannya.
dan mungkin kali bayaran itu tersenarai dalam
kandungan resit pengorbanan.
apa lagi mahu di korban;
sehingga tiada lagi sisa baki lagi untuk diri sendiri.

katakan-lah dunia itu tidak akan berhenti melimpahkan ruah akan sesuatu yang kita namakan mewah.
dan manusia itu akan menjadi semakin rakus dan tamak.kaut segala.
hingga lupa harga yang perlu di bayar untuk hidup se-enak itu.

macam hari-hari sekarang dan manusia-manusia sekarang.

di pelihara dengan rasa tidak senang sini sana.
ia sama artinya dengan salah satu jalan menghancurkan diri.
sedang kau(sebenarnya aku) tahu baik buruk setiap perkara.

awas diri.
nikmat dunia itu tidak kekal
gembira,bahagia itu juga tidak kekal.
ingat sendiri.
diri sudah dewasa
panjangkan akal,fikirkan masa akan datang,khususnya hari-hari depan.

dunia itu berpusing dengan gagah dalam uzurnya.
dan pepatah gondola itu tidak tipu.
what comes around goes around.(baca dalam capital letter)

manusia bijak mahupun pura-pura bijak harus lakonkan gaya mantap untuk tampil sebagai seorang yang bijak.

2 comments:

Ezan Nur Ayub said...

"manusia bijak mahupun pura-pura bijak harus lakonkan gaya mantap untuk tampil sebagai seorang yang bijak"

aku setuju. Orang macam tu bersepah dalam dunia ni bukan?

ochs widdle said...

yeahh.bersepah.

bersepah semata menuntut tuntutan undang-undang kehidupan.

penat.