Saturday, March 14, 2009

malam ciptaan

letih.
sebenarnya letih dengan makan.
makan di meja vip memang mewah.
dan aku tak mampu nak habiskan segala makanan,
walaupun ia begitu mengiurkan.
istimewa.

syukur.ia berjalan lancar.
tepat masa tamatnya.
lancar setiap acara.
walaupun awalnya sedikit mengugat.
dengan konflik dan hipokrit.
dengan gurupan egoros dan teman2.

8.30pm.
masih terbentang suku mahupun setengah meja-meja kosong
dek kerana manusia-manusia yang tidak sebegitu disiplin menepati waktu.
para-para senior dan adik-adik egoros.

8.45pm.
selesai para v.i.p merasmi dan berucap.
menyerbu para manusia yang lewat di luar dewan ke meja hidangan.
ia buffet ye,ingat itu.
belum sempat v.i.p menyua hidangan ke mulut.
mereka terus berpusu-pusu mengambil makanan tanpa kisahkan meja mana seharus di duduk.
terpana sebentar.

pengajaran dan teladan di situ.
adab-adab di tahun 2009.

dan seterusnya.
ia sudah tidak suram dengan setiap acara dan persembahan
yang agak menghibur dan mencuit hati.
kecuali satu.
nyanyian sumbang itu mungkin.maaf.
tapi ia memang tidak enak untuk halwa telinga yang sebenar.

meriah hingga ke akhir.

cumanya,sedikit konflik di belakang tabir.
sekali lagi melibatkan para egoros.para seniorita yang punya dendam berkurun.
kerjasama itu penting ye kawan-kawan.
sekalipun kita berlainan semester.
tapi kita masih di usia yang sama.tiada beda.
kenapa perlu mengangkat tinggi jiwa sakti itu.simpan diam-diamkan lebih molek.

dan teman-teman yang bertukus-lumus ke sana ke mari.
berkorban itu dan ini.
tahniah kalian.

cuma,
aku sedikit terkejut sama kebencian yang di tunjukkan teman-teman penganjur terhadap
manusia yang sedikit diktaktor(juga penganjur) itu.
macam aku cakap tadi.konflik dan hipokrit.

simpan-lah perkataan aku ini.
-"menjaga hati itu sakit kawan-kawan.."-
dan mereka terus berpura.
kerana masih lama lagi masa untuk bersua.
hulurkan kerjasama hanya kerana ia untuk semua.

1001 pengajaran dan pengalaman dan kenangan untuk di simpan dan di kenang.

2 comments:

Ezan Nur Ayub said...

mungkin kami tak patut hadir malam tu.
bukan untuk dirai tapi hanya untuk diingati, tapi kalau bukan itu tujuan sebenar dan niat untuk mengendahkan kami, terima kasih kami hulurkan.

ochs widdle said...

tidak terlintas mengendah sesiapa.
majlis di rai untuk semua.untuk siapa-siapa.khususnya kalian.

terima kasih kerana sudi hadir.
terima kasih kerana memberi kami pengalaman yang sangat berharga.

cumanya.hasil kami-kami yang cetek pengalaman ini pastilah tidak seberapa gah nak di banding sama majlis kalian yang ramai-ramai lagi meriah itu.