Tuesday, February 3, 2009

kembali lagi dan bilik darjah untuk di duduki

tamat cuti petengahan semester bukanlah sesuatu yang enak untuk di seronokkan.
sudahlah pertengahan semester adalah tak sampai setengah bulan pembelajaran;
ini bermakna aku perlu menghadap hari2 depan dengan istiqamah dan tiada istilah cuti2 malaysia lagi kecuali ponteng.

amaran:ponteng bukanlah sesuatu yang mulia jika anda tidaklah se-briliant mana dan punye se-bundle notes2 senior dan sangat yakin mahu menduduki final exam.Ini kerana,tanpa ''restu'' kakak2 dan abang2 lecturer yang berjaya mengenal pasti wajah anak murid,pastilah peluang mendapat yang terbaik itu tipis.kononnya bunga yang mekar itu adalah mereka yang rajin datang kelas dan lalang adalah mereka yang malas.pastilah cikgu akan petik bunga yang mekar itu,kerana ia paling nyata dan jelas mendapat zat2 yang mencukupi.dan ia masih berkisar tentang prejudis dan diskriminasi walaupun tidak se-racist mana.

No comments: