Tuesday, November 11, 2008

selamat ulangtahun

sedar tak sedar sudah masuk penghujung tahun 2008.4 nov 2008-blog ini sudah 1 tahun beberapa hari.
walaupun satu tahun baru.dah bagai-bagai rasa,cerita dan kisah yang aku buang di sini.
bila baca2 balik.lucu jugak.entah apa2 yang aku rapikkan.yang pasti-wilayah aku ini tiada informasi berkaitan assignment/tugasan kalian.lol.

mengimbaskan kembali saat wilayah ini di wujudkan-aku letak nama biskut milo.sebab masa itu aku sangat mengidam biskut milo,dan terus letak jadi nama blog.walaupun itu keputusan spontan tanpa berfikir2,aku tak kisah sangat.sebab masa tu tak ada sesiapa pun tahu kewujudan blog ini.siap kadang2 privatekan lagi.
si bunga pun tak tahu.mati-mati aku sorok dari dia.segan.sebab tak ada apa2 pun yang menarik tentang rumah kedua aku ini.masih tiada perabot dan kosong.bosan kot.so,macam segan nak jemput tetamu masuk.motif aku masa tu buat blog sebab aku suka baca blog akab,john hafiz,awin, fynn jamal,afdlin dan err,faisal tehrani.dan masa tu aku sangat rajin mahu browse cupcakes and online shopping.stalking people sana-sini.wilayah ini aku guna untuk lepaskan diri dari segala permasalahan yang melanda,kira macam release tekanan dari dunia yang menyakitkan.dan kadang2 terjumpa mereka2 yang mempunyai masalah yang sama dan pilihan penyelesaian yang pelbagai.dan yang paling best bila mereka boleh buat aku tersenyum or ketawa di saat aku kesedihan.sweet kan.semua blogger2 kegemaran itu semua aku dah jumpa,walaupun ada yang tak berbicara-sebab aku pemalu.tapi tak apa,aku puas dapat jumpa mereka in a real life.
kamu tahu tak biskot milo tu apa?-dulu2.zaman mastautin di hostel;perut selalu lapar,lagi2 stayed up sampai 3,4 pagi.milo 3in1 tu,kena guna hot water baru sedap.tapi oleh sebab aku tak boleh minum air dari water cooler machine tu,so benda tu aku buat ratah dan biskut.
cara-cara membuatnya-kamu perlukan iron yang panas,kain batik or buku latihan yang nipis,dan plastik.
taburkan milo di dalam plastik bersih.rata2 kan.lipat kemas.letak dalam buku latihan yang nipis or kain batik.gunakan seterika yang panas dan letakkan di atas lapisan plastik yang di lapis tadi.
hasilnya-milo itu akan mengeras umpama biskot nipis yang crunchy.boleh buat banyak2 dan kongsi sama rakan.tadaa~jadilah biskut milo.senang je kan.

ok.aku mahu sambung study.aku sepatutnya tak patut berada di sini-tapi aku gagal mengawal nafsu.terlepas juga akhirnya menulis.ya, aku menulis dengan nafsu..
ok,sambung nanti.

11 comments:

prejudis said...

nak 1

ochs widdle said...

nak 1 apa?biskot milo?
dia tak puas makan satu.percaya la..

Durrah said...

haha biskut milo.
comel saja.

em haaa sambung cerita.
si dia dulu mahu kamu secara fizikal
menyerupai avril?
haha kasihan sama dia.
tak apa, mari kita harap dia dapat
menjumpai orang seperti avril.
haha

hmm, tu laah
agaknya macam tu lah hidupkan
kesalahan dahulu. baru yang betul punya.
macam ayat "kita belajar dari kesilapan"
hmm, tak apa laah, baru 16 umurku
masa banyak lagi menunggu
ahaaa

ochs widdle said...

makan pon sodapp..
okeh.mari sambung..

Azean Azman said...

Hai sarjan ochs..nice blog!..saya pun suka baca2 blog org,tapi x berani adakan blog sendiri..sekarang baru ada keberanian...
Okey ke blogger2 yg sarjan jumpa tu?..dorg x sombong ke?:)

ochs widdle said...

hi una..
trimas glasias.

tahniah diatas keberanian yg muncul.
dorang sume ok..lagi2 kak.fynn..

kalau jumpa dorang tegur je la..
dorang ok punya..
but sumtime bila jumpa dah mcm tak taw nak borak apa.

sigh..(--")

Durrah said...

ahaa
saya duduk di area subang sebenarnya
tapi sangat dekat dgn shah alam
sekolah juga di shah alam, bukit jelutong
ahaa

prejudis said...

gracias muchaschas.. bukan glacias

ochs widdle said...

durrah:
ohho..jauhnya.subang-s.alam?ttdi?

prejudis:
whatevaaa~
buwekk!

Azean Azman said...

sarjan pun ok apa?...x sombong kan?..manalah tau jumpa di mana2, aku bagi tabik spring jak..x payah nak borak apa2..huhuhu..

ochs widdle said...

owh.saya memang tak sombong,tapi saya pemalu.huhu.tapi bila sudah lama kenal ia akan hilang dengan sendiri.