Friday, November 14, 2008

cerita untuk dia

hari gugurnya ia
ada cerita yang istimewa
bagai doa yang dikabul tuhan
bersama dia
bertemu dia

yang membawa aku kepada impian
kepada dia
bersama dia

tawa si gagah
senyum si gadis
mereka yang melepaskan diri dari dunia realiti

bukan perginya ke alam fantasi
lebih kepada mencari medan untuk berseni

pergi terbang bersama
kecap bersama setiap yang manis itu.
indah.
kerana ketawa,senyum,lelah dan semua itu milik kita.

di situ,
segala kata di patri.
pada awanan
pada jalanan
kayu,
pokok,
dinding,
semuanya kau tarah.

sungguh manis.

dan hari ini,
semua itu di belakang,
menolak kita untuk terus ke depan
inspirasi maju
inspirasi kuat
inspirasi gagah,
supaya,
bilamana kita itu tersungkur jatuh,
kita boleh bangkit dan berdiri dengan kuat,
di tambah dengan muka bersahaja dan tidak hipokrit;
yang kita itu tidak apa-apa.

ingat dan pahat kuat-kuat,
dunia ini bulat dan berputar.
jadikan saat manis itu penutup segala luka dan duka.
tinggal jauh yang tengik itu di belakang.
ayuh.dunia ini sangat banyak yang kau belum teroka.
bangun.berdiri,
sini aku seru.

berpimpin bersama kemana-mana.
itu aku dan sentiasa ada.
lepas senyum itu untuk dunia baru,
kerana bumi ini masih perlukan kamu.
dan aku sangat perlu kamu.

No comments: