Friday, October 31, 2008

titis bertitik

menjadi yang tengah itu sakit
di pusing siat satu badan

mengharap tuhan menganugerah berbadan dua
bukan dengan hadirnya si anak kecil
tapi lebih kepada jiwa yang dibelah-belah
yang boleh memuaskan hati sesiapa
yang boleh bikin senyum pada mereka


menjadi yang tengah itu sakit
bila harga jiwa dah tak setara dulu

mungkin kerana sibuk memikirkan mereka yang lain
lebih dari diri sendiri
memikir bagaimana mahu beri pelangi pada gurun
memberi mentari di gua kelam
memberi cahaya di suram malam

dan lebih kepada memberi senyum pada si sugul

No comments: