Saturday, October 11, 2008

situasi sendiri

tempat:kelas yang banyak kerusi dari manusia
jam: sebentar tadi
latarbelakang:terpasang telinga mendengar rungutan hidup manusia,sambil men-doodle2 di buku kesayangan sambil menunggu cikgu masuk.



aku mula berlara-lara
tika jiwa rasa tak tenteram
yang mana
diluah mati emak,ditelan mati bapak
masa itulahh
timbul bagai macam carutan berbunga
bunga yang pasti tak wangi pun
lalu,dengan jiwa kerdil yang aku milik,
aku coret,aku muntah disini
terhimpun menjadi satu koleksi
aku hitung semula
lara jiwa hati,raga dan semua
peperangan yang berlaku dalam hidup
membiakkan luka parah bernanah
aku rawat sendiri,aku ubat sendiri
sembuh tak sesempurna mana
kerana parut itu sangat besar kenangannya

cerita-cerita rakan disebelah buat aku rasa mahu menyangkal.
tetapi di daerah ini.
pertentangan pemikiran jua pendapat akan dipancung.
scary tak??
angguk saja atau senyap.kau selamat.


daerah ini masih tak berubah.
bukan macam iklan tv.
dunia dah maju
maju mana nya

kalau manusianya makin mundur
sedangkan spesis kampung itu lagi terbuka minda
spesis apa manusia ini?gua?
berkira-kira dalam pemikiran.ligat.
kenapa ya..

5 comments:

Nurul Binti Ibunya said...

spesis manusia y berada dlm gelas kaca..
melihat arus kemodenan..
tp akal fikiran masih d ruangan kaca...
bodoh..pecahkan jela kaca tu..
xda luak beras d kapuk

ochs widdle said...

saffiyahnajlah:

dipecah kaca,berluka tangan.
darah menjejeh.
hanyir.
sanggup kau hadap?

btw.salam singgah.

Edna Sinn said...

realiti Malaysia...
negara moden tapi pemikiran rakyat rata-rata masih kritikal...

ochs widdle said...
This comment has been removed by the author.
ochs widdle said...

qasiyh:

tak tenteram jiwa mahu hidup.
perlu lari atau hadap dan muntah