Saturday, October 4, 2008

mana kalkulator?

musim kira-kira bermula
masa ini la rasa seperti bayi dilahir semula
mengecilkan diri
bukan setakat minta diampun dosa berjuta
juga cuba raih simpati
mana tahu ada yang mahu hulur sampul hijau
terkandung not kertas mewah

*senyum manis*

musim ini
ziarah aku bukan setakat di depan kotak cerita
sambil kotak musik itu bergema-gema lagu yang sepatutnya
kembara aku bagaikan mengelilingi satu negara
saat ini terasa seperti bersaudara
saudara yang akrab
tuhan pasti beri pahala
sebab aku eratkan silahturrahim
eh.bukan aku mandornya.
si ibu.
ibu yang berusaha gigih.
tidak mahu anak bergelar sombong dan buang saudara
biarlah upacara itu berlangsung setahun sekali pun
asalkan kau tahu yang nenek itu masih hidup
atau sudah pergi jauh tujuh kaki enam tahun lalu

deru-deru air mata pun tidak guna
dalam tak mahu sambut menyambut
upacara kali ini sedikit meriah dengan gelagat masing-masing..

bersambung****

3 sisolle:

penanya (?) said...

oi! kecewa nih! baca2 tiba2 sambung~ wts

ochacha said...
This comment has been removed by the author.
ochacha said...

huhu.jgnla kecewa.sesungguhnya aku berhenti untuk berbakti.
makasih sudi singgah lubuk ku ini..
selamat hari raya=)

There was an error in this gadget
 

Template by Suck my Lolly