Thursday, October 30, 2008

...........................................

bila yang diperkotak-katik umpama boneka itu adalah aku
gelak riang berdekah kau ketawa
angkuh umpama merak raksasa
bersama sayap lusuh yang kau jaja merata

terduduk berteleku
mengenang diri
mengenang engkau
mengenang mereka

bertuahlah pada mereka yang berpayungkan emas
kerana cuaca didunia tak senikmat dulu


mencuba menjadi gagah
dengan segala kudrat yang ada
berhenti dari berpaling keliling
membeza-bezakan sesiapa

tumpu.
fokus.
jangan biar ia hilang dari pandangan

bila mata bertentang mata
akan lahir satu rasa kimia
biar ia jadi teka teki

biar rasa itu manis atau pahit
telan.dan bukan ludah.

No comments: