Wednesday, August 6, 2008

sekawan teman

kerana mulut busuk itu
kau hilang kawan
kerana mulut busuk itu
semua pun berdendam
kerana mulut busuk itu
yang lain pun terdiam

mendengar kau memekik itu dan ini
dengan segala rasa yang kau bawa
haih.janganlah kau menangis,meratap sedih
mengenang teman yang pergi jauh darimu

lupa saat itu,
saat kau menikmati daging-daging teman
dan enak yang kau rasa,nikmat bukan?

oh.tertera di situ segala dosa aku,kau,dia dan mereka.

dan setiap inci yang hina itu
dikupas,disiat kejam

dan jangan ditanya kenapa dia itu menjauh
yang paling di sayang.
dan jangan ditanya kenapa dia pergi
jauh.jauh.dan sangatlah jauh

meninggalkan kau terkapai-kapai tanpa jawapan

kerana mulut busuk itu
tikaman kau tertusuk
kerana mulut busuk itu
kau hiba
dan kerana mulut busuk itu
kau lupa segala diri


bukan itu yang kau mahu??
bukan itu yang kau gemar??

No comments: