Saturday, August 20, 2022

misi 2022

almost 3/4 quarter of the year 2022.

masih tak berjaya untuk losing weight.

tapi kali ni perlu lebih determine.

banyak faktor yang perlu di beri penekanan.

ancaman penyakit.

uniform yang dah tak muat.

insecure dengan badan sendiri.

berat sekarang lagi berat dari masa zaman pregnant 9 bulan.

cuma bezanya tiada baby di perut je.

the journey might be long, never easy and tough.

tapi kita cuba. at least masuk tahun baru next year kita dah step number baru.

segala ilmu dah ada.tapi nak apply tu kenmain payah.

ini kali kena sungguh-sungguh.

my kids need me. 

insyaallah panjang umur, kita cuba update a lil bit progress here.


Thursday, October 19, 2017

hey baby

assalammualaikum.

Already hit 29 weeks.
Hello third trimester.

pheww..2 months plus-plus to go.
honestly, the preparation is still none.yerps
mentally prepare sikit-sikit adalah.
maybe sebab baby tak nak tunjuk gender lagi,
maka mama pun serba salah nak membeli-belah.

Tapi listing semua sudah siap.
Tunggu masa, kita pulun semua.

Abang makin lasak, makin bijak.
Semoga boleh menerima dan menyayangi adik seadanya.

Adik pun boleh tahan kemain menendang-nendang.
Semoga adik keluar sihat dan gumbira
Semoga dipermudahkan segala urusan mama kelak.
Semoga keluar sama tarikh lahir mama..eh?

Tak boleh imagine sebenarnya macamana rasa dah bertambah ahli.
Tapi kalau orang lain boleh, sampai 7-8..
kenapa tidak kita kan?

we can do it oqeh..


Monday, August 14, 2017

Bahasa

Kerana mulut badan binasa

Tak terkesan yang sakit di badan itu
Angkaranya hati dan mulut yang tidak dijaga

Tenang rasanya bila yang dilepaskan hanya sekadar memuas
Memenuhi segala nafsu yang beraja di hati

Melepas segala yang di hati
Tanpa di fikir tentang keliling

Dulang yang pecah tak kan sama bentuknya selepas di perbaik
Berusahalah

Buatlah sesuatu
Sebelum ia pergi untuk selamanya



Friday, May 26, 2017

Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan

Assalammualaikum.

I can't believe this is my first entry in 2017.
Kesian sungguh blog aku ni di anak tiri kan.
Padahal, satu ketika dulu.
Dia la peneman  suka duka hiba lara
Telinga yang tak jemu-jemu dengar segala cerita.

Esok dah 1 Ramadhan.
Dalam kepala dah kena fikir macam-macam.
Menu-menu sahur dan berbuka.
Stok makanan siang hari untuk budak kecik pengarang jantung sorang tu.
Persiapan menghadapi ramadhan,
Amalan-amalan things to-do bulan ramadhan yang berangan nak di buat.
Persiapan raya keluarga.
Eh, banyaklah lagi.

Semoga disempatkan, dan dipermudahkan segala amalan dan usaha kita kelak.
Supaya diterima Tuhan.

This is kind of rambling thought of mine.
Berkenaan segala benda yang berlaku dalam bulan Mei ni.
Especially, uzair anaqi turn 3.
Gambar di media sosial.

Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik, dan sedikit rezeki dapat juga lah buat majlis sambutan hari jadi kecil-kecilan.
Seronok tengok anak bujang tu dapat potong kek dengan kawan-kawan.
Tahun lepas terlantar di hospital kena rotavirus.
Tahun ni..mama cuba buat something, sebagai tanda kesyukuran dan saja nak buat anak mama happy.

Semoga umur yang baru ni, uzair di beri kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta gembira selalu lah hendaknya.
Mama babah really love you.
Makin dah besar, makin rindu dekat awak yang kat taska tu.
Rindu nak dengar celoteh, cerita, main sama-sama, tanya macam-macam.
Nanti awak dah besar macamana lah ye.
Mama can't imagine.
Jadi anak dan manusia yang baik ye sayang.

Semalam is my 4th annivesary.
Malas nak wish kat facebook, since tengok banyak pula kawan-kawan yang berantakan.
Makanya, kita wat private session je lah.
Celebrate pun kecil-kecil je.
Walau macam-macam dah lalu dan rasa.
Hopefully our marriage will last till forevah.
Sampai lama-lama.
Walau susah macamana.
Sebab tahu, ada macam-macam lagi yang tengah tunggu kat depan sana.
Terima kasih kerana selalu bersabar dengan saya.
Semoga awak selalu sihat dan gembira soulmate/pillowmate.

Dan kepada semua.
Selamat Berpuasa pada esok hari.
Semoga ibadah kita semua diterima Tuhan.

Wednesday, December 14, 2016

Thursday, November 24, 2016

November Talk

Punya satu perasan dalam diri
Rasa bersalah
Namun tak terluah
Bukan tiada niat membahagia
Tetapi tidak mampu dari pelbagai segi

Ok.aku tahu itu alasan.

Untuk hidup-hidup pada masa akan datang.
Selain berpaksi kan kegembiraan untuk diri sendiri dan keluarga.
Untuk orang-orang keliling yang kita sayang.
Aku harap aku dapat membahagiakan mereka,
selagi masih ada hayatnya.

bukan payah.
tapi, entahlah.
beratnya lain macam.

jahatnya aku.

Kadang kita tak tahu, small action dari kita,
gembiranya tuhan saja yang tahu bagi orang-orang yang perlu.

Semoga tuhan kuatkan langkah aku menyemai bakti.

sebarkan kasih sayang selagi mampu.
tak payah lah hidup menyimpan dendam dan benci.
bukan hati je yang bakal sakit, hidup pun x berapa nak tenang dan bahagia nanti.

spread positive vibes and be happy.

Friday, November 11, 2016

hello november

hari ini 11 november.

cantik tarikh.
dan memang masa ini lah nak buat sale besar-besaran.
aku peratikan aje.
sedang dalam usaha mengawal diri.
gaji lagi seminggu lebih.
silap langkah, boleh nangis hujung bulan.

fokus kepada perkara yang penting.
macam masuk kedai, kau target nak beli satu barang.
kalau kau berjaya keluar dengan satu barang.
maka silalah ucap tahniah dan terharu kepada diri sendiri.

bukan mudah nak kawal diri, bila semua benda di rasa berbaloi.
tapi hakikatnya, bukan keperluan pun.
lebih kepada kehendak atau memenuhi nafsu semata.
zaman-zaman pokjib ni, kena bijak mengurus kewangan.

lagi beberapa hari nak jejak 2017.adoi sayam
makin bertambah umur.
harap-harap makin cantik lah aku nanti.kihkih
semoga dapat mati dalam iman.

goals tahun 2016 dah capai ke belum?
ke masih krik-krik.
hehe.
nanti kita sambung berkenaan goals tahun 2016 ye.

sekian ngomelan hari jumaat aku.
semoga berjumpa lagi jika aku masih rajin menulis.:)